Polisi pemulangan & penukaran tudung
Maklumkan kepada ejen jualan dalam masa 5 hari dari tarikh penerimaan yang dicatatkan oleh kurier. Dapatkan kebenaran Immora Hijab sebelum mengepos semula tudung.
Kriteria yang dibenarkan
- Terdapat kerosakan pada tudung yang baru diterima seperti koyak, berlubang atau warna luntur.
- Terdapat perbezaan ukuran pada tudung, awning, kedudukan manik, sulaman atau corak melebihi 1.5 inci berbanding gambar ukuran yang diberikan.
- Menerima produk lain daripada pesanan yang dibuat akibat kesilapan pihak Immora Hijab.
- Menerima tempahan yang tidak cukup bilangannya mengikut bayaran.
- Telah mendapat kebenaran Immora Hijab untuk membuat penukaran atau pemulangan.
- Telah memenuhi terma dan syarat polisi penukaran dan pemulangan.
- Tidak melebihi tempoh pemulangan dan penukaran selama 5 hari, bermula dari tarikh penerimaan yang dicatatkan oleh pihak kurier.
- Membayar kos pengeposan selepas pengeposan percuma kali pertama telah dilakukan.
- Memenuhi tuntutan Polisi Pemulangan dan Penukaran yang telah ditetapkan.
Kriteria yang tidak dibenarkan
- Pelanggan mahu Immora Hijab menanggung kos pos kali kedua dan seterusnya.
- Pelanggan tidak berpuas hati dengan perbezaan warna tudung yang disebabkan oleh resolusi gambar atau skrin paparan.
- Tidak menyukai tudung yang diterima walaupun telah sedia maklum tentang jenis kain, warna, rekaan, ukuran, saiz dan cara pemakaian.
- Ukuran muka tudung tidak sesuai dengan muka pelanggan walaupun ukurannya sama seperti yang dimaklumkan.
- Ingin membuat penukaran selepas mencuba tudung yang diterima.
- Pelanggan memakai tudung dan berasa tidak sesuai dengan dirinya atau tidak seperti model yang diiklankan.
- Pelanggan ingin menukar tudung asal yang dibeli kepada rekaan, warna atau harga baharu.
- Tudung senget yang bukan disebabkan oleh jahitan.
- Pembeli tidak suka pin di bawah dagu.
- Pelanggan mahu wang bayaran dipulangkan (refund).
Syarat pemulangan & penukaran
- Pastikan sebab pemulangan atau penukaran tudung termasuk dalam kriteria yang dibenarkan.
- Permohonan tidak boleh melebihi tempoh 5 hari yang ditetapkan.
- Tiada bayaran semula (refund) akan diberikan.
- Penukaran tudung hanya melibatkan tudung dengan rekaan, warna dan harga yang sama.
- Permohonan di bawah kategori yang tidak dibenarkan tidak akan dilayan.
- Pihak syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggan yang mengugut untuk melakukan sesuatu atau memviralkan syarikat atas apa-apa alasan sekali pun.
- Syarikat berhak tidak menerima tudung yang dipulangkan tanpa kebenaran atau tanpa dimaklumkan.
Cara membuat permohonan
- WhatsApp ejen jualan syarikat yang menguruskan pembelian anda dan maklumkan masalah yang dihadapi.
- Dapatkan borang Permohonan Pemulangan dan Penukaran Tudung Immora Hijab.
- Lengkapkan maklumat yang diminta dan serahkan borang kepada ejen jualan.
- Sertakan bukti gambar atau video yang menunjukkan punca pemulangan atau penukaran.
- Selepas borang dilengkapkan, ejen jualan syarikat akan memaklumkan permohonan kepada HQ.
- HQ akan meneliti borang terlebih dahulu sebelum memberikan keputusan.
- Selepas mendapat kebenaran, pelanggan boleh mengepos semula bungkusan ke alamat yang diberikan oleh ejen jualan.
- Apabila HQ menerima bungkusan tersebut, ejen jualan akan memaklumkannya kepada pelanggan.
- HQ akan menyerahkan tudung yang dipulangkan kepada pasukan kawalan kualiti (QC) syarikat untuk pemeriksaan.
- Anggaran tempoh pemeriksaan ialah 1–2 minggu atau bergantung pada keadaan semasa.
- Jika tudung tersebut memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan, proses pengeposan semula akan dilakukan dan kosnya ditanggung oleh syarikat.
- Jika tudung tidak memenuhi terma dan syarat, permohonan penukaran terbatal secara automatik. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap tudung yang dipulangkan dan kos pengeposan semula perlu ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.
Kerjasama baik daripada pihak pelanggan amat kami hargai.
Perlukan bantuan?
Hubungi admin sebelum menghantar semula produk atau membuat tempahan deposit.
WhatsApp 019-228 6706
immorahijab@gmail.com
Telefon pejabat: 03-5880 0764
